Seekor anjing li4r yang digelar Ms Chonky, menarik perhatian netizen kerana keadaannya yang semakin gebu dan comel, bukan disebabkan bunting tetapi kekenyangan diberi makan nasi lemak setiap hari! Difahamkan, Ms Chonky diberi makan oleh seorang mak cik yang merupakan peniaga sarapan pagi digerainya yang terletak di Cyberjaya.
Hampir setiap hari, Ms Chonky berlegar-legar di gerai tersebut untuk mendapatkan makanannya dan mak cik itu juga tidak lupa untuk memberinya makan. Memang mengagumkan hubungan dua makhluk ini.
Melihatkan anjing yang semakin ‘membesar’ itu, ramai menyangka Ms Chonky bunting. Walau bagaimanapun, Putri, wanita yang berkongsi kisah ini mengatakan, anjing-anjing yang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut telah dikasi, jadi tidak mungkin Ms Chonky bunting.
Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada mak cik tersebut di atas tindakan baiknya terhadap anjing liar itu.
Sumber: erabaru
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan