“Ingatkan kes buli sekolah, rupa-rupanya… Tindakan budak ‘istimewa’ umur 7 tahun ni menyentuh hati ibubapa”
BIARPUN baru berusia tujuh tahun, sikap mulia yang ditunjukkan tiga sahabat membantu rakan istimewa mereka meruntun hati sesiapa sahaja melihatnya.
Meskipun masih mentah dalam menghayati ‘erti persahabatan’ aksi-aksi mereka membantu rakan istimewa itu di tandas menyerlahkan semangat persahabatan dan kasih sayang kepada sahabat.
Menurut Sylvester Ronny Pulene, gambar-gambar yang dikongsi di akaun Facebooknya, adalah mengenai keprihatinan tiga rakan membantu sahabat yang merupakan kanak-kanak istimewa.
Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapit Sarawak itu berkata, kemuliaan hati tiga sahabat itu sebenarnya dilakukan sama oleh rakan kelas lain demi membantu rakan mereka yang istimewa itu.
“Murid ‘J’ (Pakaian putih) ini memang istimewa. Dia masih tak pandai menguruskan diri. Bahkan semasa tahun 1, dia masih menggunakan lampin.
“Semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan tiga sekawan ini, sedang membantu membuka tali pinggang kerana ingin membuang air,” katanya.
Tambah Sylvester, dia bangga akan rakan sekelas ‘J’ kerana sentiasa prihatin terhadapnya sehingga ada yang sanggup beratur untuk mengambil Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disamping membantunya dalam urusan harian lain.
” ‘J’ seorang yang sangat peramah walau dia agak berlainan dari murid lain, rakan sekelas dia semua memberikan perhatian walaupun mereka masih berumur 7 tahun.
“Kawan dia itulah yang menolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan baju selepas siap, selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas sambil ketawa riang,” katanya.
Ciapan tersebut memperlihatkan dua rakan mengenakan pakaian sukan sekolah berwarna merah membantu rakan Orang Kelainan Upaya (OKU) memakai pakaian seragam sekolah, membuka tali pinggang dan memimpinnya ke bilik air.
Dalam pada itu, seorang pengguna Rasyidah Ishak mengucapkan tahniah kepada ibu dan ayah murid tahun satu itu kerana berjaya mendidik anak mereka dengan sikap empati yang cukup hebat.
Along Katok turut mengambil iktibar daripada ciapan itu, menganggap ini adalah refleksi sebenar manusia agar tidak bongkak dan akan membantu secara ikhlas tanpa memandang darjat satu sama lain.
Selain itu, Nurul Syamila Salim berkata, gelagat saling bantu-membantu dipamerkan kanak-kanak itu perlu dijadikan contoh oleh orang ramai.
“Semangat setia kawan seperti ini harus diterapkan, yang kecil ini banyak memberi pengajaran kepada kita yang lebih dewasa. Kanak-kanak seperti ini adalah modal insan paling berharga buat negara, membesarlah kamu dengan hati mulia,” katanya.
Rata-rata netizen puji akan sikap 3 sahabat ini.
Sumber SatuBerita
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta