MARANG: Keputusan seorang pemandu lori berhenti kerja untuk beralih bidang sebagai pembekal belut ternyata berbaloi apabila mampu peroleh pendapatan lumayan antara RM20,000 sehingga RM30,000 sebulan.
Muhamad Zulkifli Yusof, 28, dari Kampung Binjai Bongkok di sini berkata, pada masa ini, dia memerlukan bekalan belut lebih 1.3 tan sebulan bagi menampung permintaan pelanggan yang tinggi terutama di bandar Kuala Terengganu.
Katanya, perniagaan tersebut diusahakannya sejak dua tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
“Permintaan bekalan belut yang tinggi terutama peniaga kedai makan telah mendorong saya mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori.
“Pada setiap minggu, saya terpaksa mendapatkan bekalan belut di beberapa negeri terma-suk Melaka, Perak dan Kelantan untuk menampung permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Zulkifli yang lebih dikenali ‘Yo Belut’ memberitahu, isterinya, Izzati Yusof, 29, turut membantu dalam perniagaan itu dengan menghantar bekalan belut kepada pelanggan di bandar Kuala Terengganu.
Tambahnya, dia juga mendapat tempahan belut dari beberapa daerah di negeri ini tetapi terpaksa ditolak kerana tidak dapat memenuhi permintaan.
“Harga belut spesies paya, sawah serta pasir dijual pada harga RM28 sekilogram, manakala belut albino pula lebih mahal boleh mencecah RM100 seekor,” jelasnya.
Katanya, bekalan belut agak terhad kerana tidak ramai yang mengusahakan ternakan belut secara komersial di negara ini. “Sebahagian penternak belut pula didapati menternak belut secara kecil-kecilan,” katanya.
Sumber: utusan.com
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan