Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna R0ti Buku. Mudah Dan Sangat Sed4p

Selain pizza, lasagna juga merupakan salah satu makanan Itali yang sedap dan ramai penggemarnya. Jika anda tiada menu sarapan atau makan tengahari esok apa kata anda cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi.

Rupanya, ada cara buat lasagna yang mudah dan sangat sedap menggunakan roti. Resepi ini dikongsikan khas oleh Sha Farina. Berikut adalah cara buat lasagna mudah untuk anda cuba di rumah. Simple saja, sesiapa pun mesti boleh buat.

ROTI LASAGNA SIMPLE TAPI SEDAP
Bread lasagna. Mudah dan sangat sedap

BAHAN-BAHAN:
Roti Buku (tak kisah apa brand sekali pun)
Susu
Telur,
Butter
Keju
Sos Preggo
Daging
Cendawan
CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.
2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.
3. Lengserkan loyang dengan butter.
4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.
5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.
6. Letak pula kepingan keju.
7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.
8. Kemudian, taburkan parutan keju.
9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.

Mudah je nak buat resepi lasagna ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.

Selamat mencuba!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta