Dokt0r R̷aih̷an̷a Ism̷ail T̷ampil Menjel̷ask̷an Lelaki Y̷ang Buncit Lep̷as Berk̷ahwin Boleh G̷anggu T̷ah̷ap Kesubur̷an

Doktor Raihana Ismail Tampil Menjelaskan Lelaki Yang Buncit Lepas Berkahwin Boleh Ganggu Tahap Kesuburan

Sudah biasa kita melihat, fizikal seorang lelaki berubah selepas mereka berkahwin. Dulu perutnya kempis, lepas berkahwin perut jadi boroi atau buncit. Ramai yang percaya kerana isteri pandai ‘menjaga’ perut suami.

Namun, berdasarkan perkongsian ilmu oleh Doktor Raihana Ismail di laman tiktoknya, terdapat penjelasan ilmiah mengapa fizikal lelaki berubah sedemikian rupa.

Jom baca penjelasan doktor di bawah! Doktor Raihana menjelaskan, lelaki mudah buncit selepas berkahwin disebabkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan akibat daripada pemakanan tinggi kandungan gula dan makanan dalam tin.

Selain itu, bahan kimia seperti paraben dan benzoil peroksida yang terkandung dalam minyak wangi dan deodoran turut mempengaruhi perubahan fizikal lelaki. “Kenapa lepas kahwin lelaki mudah buncit? Sebenarnya bukan isu banyak pam ke, “Sebenarnya disebabkan oleh hormon estrogen berlebihan.

Dia makan manis-manis, makan makanan dalam tin sardin dalam tin susu pekat manis dalam tin. Deodoran, minyak wangi yang mengandungi paraben, benzoyl peroxide banyak lagi bahan kimia…” ujar Doktor Raihana. Terdapat faktor lain yang menyebabkan lelaki buncit selepas berkahwin.

1. Rasa bahagia sebab dah ada orang temankan. Kalau dulu masa bujang mungkin kerap makan sorang dan selera pun tak berapa nak ada sangat.

Berbanding selepas berkahwin, kini rasa bahagia kerana sudah ada yang menemani masa makan dan membuatkan selera kerana boleh makan banyak makanan yang digemari.

2. Isteri masak macam-macam makanan. Kalau bujang dulu, mungkin lauk yang dimakan tak berapa nak ‘meriah’. Balik-balik lauk yang sama. Kalau lapar baru nak makan. Tapi bila sudah berkahwin, rata-rata isteri yang suka memasak akan bertanyakan soalan “Abang nak makan apa hari ni?”

Ini memberi maksud bahawa isteri akan masak apa yang ingin makan. Jadi secara tidak langsung, si suami boleh request macam-macam makanan.

Walaupun mungkin isteri tak pandai memasak, namun percayalah dia akan berusaha untuk belajar dan memasak makanan yang diingini.

3. Kena habiskan lebihan makanan isteri. Apabila isteri seronok memasak terutamanya ketika masak menu baru tentu sahaja isteri teruja nak masak dalam kuantiti yang banyak, selain menjadikan si suami ‘bahan uji kaji’ untuk merasai masakan barunya itu.

Jika makanan yang dimasak itu tidak habis dan isteri jenis yang makan sikit, si suamilah yang akan menjadi ‘mangsa’ untuk menghabiskannya kerana tidak mahu membazir dan menjaga hati isteri yang bersusah payah memasak.

4. Rasa selesa dengan diri sendiri. Faktor selesa juga mungkin menjadi punca kenapa berat badan lelaki bertambah selepas berkahwin kerana mereka kurang menjaga penampilan diri dan tidak menjaga pemakanan. Alasannya, sekarang dah ada orang yang jaga, jadi apa nak kisah sangat dengan penampilan.

5. Tanggungjawab yang dipikul semakin besar. Jika bujang mungkin lebih disiplin dalam menjaga kesihatan, sering bersenam atau mengunjungi gim. Namun apabila sudah berkahwin, sudah tentu suami mempunyai tanggungjawab yang banyak dan besar sebagai seorang suami serta ayah.

Dalam diri setelah berkahwin membuat jadual padat kerana dari pagi hingga ke petang berada di tempat kerja dan malam pula di rumah menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anak.

Faktor sering menangguhkan aktiviti bersenam kerana sibuk atau penat membuatkan berat mula bertambah dari sehari ke sehari.

6. Aktiviti di rumah kebanyakan isteri yang buat. Apabila berkahwin, segala keperluan di rumah kebanyakannya dilakukan oleh isteri. Dari membasuh pakaian, melipat pakaian sehinggalah menguruskan rumah semuanya isteri yang lakukan.

Kalau ada pun suami yang membantu, mungkin bantuannya minimum. Ini membuatkan aktiviti manual mengemas rumah ketika suami bujang dahulu dibuat oleh isteri apabila sudah berkahwin.

Kurangnya aktiviti suami mengeluarkan peluh sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan berat badan ditambah pula jika suami seorang yang suka untuk bersenam.

7. Tidur selepas kekenyangan. Apabila sudah berkahwin aktiviti bersantai sambil menonton tv juga menjadi semakin seronok. Selepas makan tentu sahaja suami kekenyangan lantas meletakkan kepala di riba isteri sambil isteri membelai manja suami sehingga membuatkan suami terlena di riba isteri.

Faktor tidur selepas makan ini ternyata bukanlah tabiat yang baik kerana ia tidak elok untuk kesihatan sekali gus membuatkan berat badan boleh bertambah.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kesan terhadap lelaki, antaranya ialah Buncit, Gynecomastia (lelaki berpayudara), Keguguran rambut, Cepat lesu & letih, Syahwat kurang, Susah tidur, dan Mudah lupa.

Tambahnya lagi, lelaki sepatutnya menghasilkan testosteron tetapi disebabkan hormon estrogen yang berlebihan maka, sperma kurang dihasilkan dan mengganggu kesuburan lelaki.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta