Gab̷ungan Kreatif G̷ur̷u Dan M̷urid Hasilkan Kost̷um Transformer Masa Hari S̷ukan Sekolah Raih T̷ump̷uan Ramai

Gabungan Kreatif Guru Dan Murid Hasilkan Kostum Transformer Masa Hari Sukan Sekolah Raih Tumpuan Ramai

Hari sukan sekolah adalah salah satu aktiviti wajib yang akan dilakukan. Ia terdiri daripada pelbagai acara sukan seperti larian, lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya. Antara yang menjadi perhatian adalah tentu perbarisan daripada rumah sukan di sekolah.

Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan kostum seorang pelajar begitu kreatif pada hari sukan sekolahnya telah meraih tumpuan ramai. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru berkongsi kostum yang dipakai oleh salah seorang pelajarnya.

Difahamkan, maskot itu dibuat untuk hari sukan sekolah bagi rumah sukan kuning. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kostum itu boleh membuat pelajar itu menjadi kereta dan bertukar menjadi robot.

Ia adalah hasil daripada guru-guru yang bertungkus lumus menyiapkan maskot tersebut menjadi kenyataan. “Seronok tengok effort cikgu macam ni. Cikgu kreatif murid-murid bersemangat” – Warganet.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memuji kreativiti guru tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 527.9K tontonan, 50.4K tanda suka dan 368 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:







Video ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan serta cara kerjasama antara guru dan murid dalam penghasilan maskot hebat ini. Kreatif betul cikgu-cikgu dia, memang menjadilah Transformer tu. Murid dan guru sama2 saling kerjasama dan hasilnya sangat kreatif.

Sumber; video dipetik dari SAYS, TikTok, MytvViral

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta