Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan
Seorang wanita di Tokyo dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Tokyo gara-gara sanggup mengabaikan anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia.
Menerusi laporan Japan Today, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap wanita berkenaan yang dikenali sebagai Saki Kakehashi selepas dia mengaku bersalah kerana meninggalkan mangsa bersendirian di rumah selama seminggu pada 2020.
Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut dikatakan hanya meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa kerana ingin menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama seminggu dan menganggap anaknya itu berada dalam keadaan baik.
Sekembalinya daripada percutian bersama kekasihnya itu, Kakehashi terkejut melihat anaknya sudah tidak bernafas dan terus membuat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun, anak perempuannya itu disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan sehingga perut mangsa dikatakan hampir kosong. Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat ruam di bahagian punggung Noa kerana lampin yang dipakai olehnya terlalu lama tidak ditukar.
Menurut polis, kanak-kanak itu ditemui terbaring di atas sebuah tilam di tingkat pertama apartment. Di sekelilingnya terdapat terdapat banyak plastik makanan, botol air dan sampah sarap lain.
Berdasarkan siasatan, pihak polis percaya anaknya, Noa selama ini sering diabaikan dan menjadi mangsa penderaan. Rakan berkata, tertuduh sering meninggalkan rumah selama beberapa hari atau pulang lewat malam. Dia akan meninggalkan anak perempuannya itu seorang diri.
Namun, pendakwa raya mendakwa bahawa Kakehashi cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku dengan menyapu ubat pada ruam Noa dan menukar lampin baru sebelum dia membuat panggilan kecemasan.
Dalam pada itu, pendakwa raya menyatakan bahawa wanita berkenaan menyekat anaknya itu di ruang tamu dengan sofa dan menghalang laluan ke pintu dapur. Bagaimanapun, Kakehashi menyatakan bahawa dia ingin mengelakkan Noa daripada mencederakan dirinya sendiri dengan peralatan yang ada di dapur.
Hasil daripada bedah siasat, Noa dilaporkan mati akibat kebuluran dan dehidrat. Menurut sumber lagi, mangsa mengalami thymic atrophy yang kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang didera atau diabaikan.
Malah, perutnya juga hampir kosong. Selain itu, kulit di bahagian punggungnya juga kemerahan akibat terlalu lama tidak menukar lampin.
Tertuduh mengakui anaknya jatuh sakit beberapa hari sebelum kematiannya namun dia tidak mempunyai wang untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Difahamkan, kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak dihantar ke rumah pengasuh selama lebih setahun dan mereka hanya tinggal berdua selepas wanita berkenaan bercerai dengan bapa Noa pada 2016.
Sumber OhBulan
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan