Kereta ada dua jenis timing. Pertama timing chain dan yang kedua timing belt. Kedua-dua jenis timing ini mempunyai perbezaan yang perlu kita ketahui bagi mengelakkan kerosakkan dan kerugian menukarnya jika masih boleh digunakan. Berikut penjelasan oleh saudara Ruzlan Bin Ab Rahman yang mendapat lebih 10 ribu perkongsian.
TIMING CHAIN
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
TIMING BELT
Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!
** timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.
BAHANA KARBON DALAM ENJIN!!
Penggunaan minyak kereta anda bertambah
Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)
Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit
Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk
Enjin terasa berat
Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin
Bertindak sekarang!!
Kredit : Fb Ruzlan Bin Ab Rahman
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan