Rupanya bukan manusia je suka pilih bulu, pilih kawan…ayam pun sama…
Dalam dunia hari ini, biasanya mereka yang datang dari latar belakang dan jenis yang sama akan lebih mudah ramah dan bergaul dalam satu ‘geng’ bukan? Malah ada juga yang hanya mahu berkawan atau bekerja dengan orang yang ‘sekepala’ dengan mereka sahaja dan tidak mahukan orang lain dalam kumpulan mereka. Ya, tidak semuanya begitu tapi majoriti.
Tidak dinafikan bahawa ayam merupakan makanan keperluan bagi manusia zaman sekarang. Biasanya ayam ini akan disembelih terlebih dahulu sebelum dimasak dan bulu-bulu ayam juga akan dicabut menjadi ‘togel’ agar memudahkan proses memasak.
Namun ternyata bukan sahaja manusia tetapi haiwan juga rupanya boleh ada perangai suka memulaukan rakan sendiri. Hal ini berlaku kepada seekor ayam jantan di Pemalang, Indonesia seperti yang dilaporkan oleh satu laporan berita.
Ayam jantan ini membesar dengan tiada bulu tumbuh di tubuhnya dan mungkin disebabkan itulah dia dipulaukan oleh ayam-ayam yang lain yang tidak mahu bergaul dengannya.
Malah yang lagi kesian adalah ayam ini juga kelihatan sering dibuli dan dipatuk oleh ayam lain. Ayam jantan ini milik Liswati, warga Desa Mengoneng, Kecamatan Bojongbata, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah.
Menurutnya, ketika ayam menetas masih terdapat bulu tetapi beberapa hari kemudian bulu itu gugur sehingga gugur dan tidak tumbuh lagi.
Sejak lahir, ayam itu yang kini berusia 7 bulan tidak pernah berkumpul dengan ayam lain yang menganggapnya bukan kelompok mereka hinggakan ayam tersebut selalu kena buli dan dipatuk. Tambahnya lagi, dia tidak akan menjual ayam itu dan akan memeliharanya sampai besar.
Sumber SajaGempak
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan