Keletah kucing memang mencuit hati apatah lagi jika kucing itu kucing peliharaan kita. kadang2 ada sahaja karenah yang kita tak sangka2 namun boleh buat kita ketawa. Kebelakangan ni memang banyak content-content tentang perangai kucing yang aneh-aneh sehingga mencuit hati ramai!
Namun perangai mereka yang pelik-pelik ini kadang kala mampu mengundang emosi kepada si tuan.Ada yang sampai menggelengkan kepala oleh kerana tak tahan melayan kerenah mereka.
Baru-baru ini seekor kucing ditemui lena di dalam sebuah peti ais. Aksinya itu bukan sahaja menghiburkan tuan punya peti ais, malah netizen yang menonton juga tak kering gusi dibuatnya!Video yang dimuat naik oleh @wanhornet di TikTok itu memaparkan kucing gebu berwarna kelabu itu sedang asyik dibuai mimpi di dalam sebuah peti ais yang sarat dengan air minuman.
Pun begitu, si anak bulus tetap berjaya mendapatkan ruang buatnya untuk tidur di dalam peti ais tersebut.Bukan itu sahaja, kucing itu juga dilihat tidur di tingkat yang paling atas sambil diapit beberapa botol minuman Coca-Cola dan Sprite!
Mungkin dek kerana cuaca panas yang tidak menentu menyebabkan kucing tersebut berusaha mendapatkan keselesaan buat dirinya sendiri.Apa yang lebih menghiburkan netizen adalah apabila kucing tersebut dibiarkan tidur di dalam peti ais sambil pintu peti ais tersebut ditutup!
Mungkin terlalu nyaman dengan suhu sejuk peti ais, kucing tersebut juga tidak mengendahkan jika dia terkurung di dalam peti ais tersebut asalkan dia dapat tidur dengan tenang.
Sejak video tersebut dikongsi, ianya berjaya meraih tontonan sebanyak 83.5 ribu dan 10 ribu tanda suka!Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Rata-ratanya geli hati melihat kucing tersebut. Ramai juga yang berseloroh tempat tidur kucing tersebut seperti VVIP seat kerana terlalu ‘istimewa’.
Dibawah antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta