Kontena Terdampar Di Tepi Perkampungan Nelayan, Penduduk Kampung Terkejut Saat Buka Isi Kontena. Kisah ini bermula apabila penduduk sebuah perkampungan nelayan tepi pantai di Mexico telah menemui sebuah kontena yang tiba tiba terdampar di tepi pantai kampung mereka.
Ada kemungkinan kontena tersebut terjatuh dari kapal laut yang membawa muatan barangan untuk dieksport dari sebuah negara ke negara yang lain.
Pada mulanya penduduk curiga dengan kandungan di dalam kontena tersebut.Namun oleh kerana ramai yang tertanya-tanya maka mereka nekad membuka kontena tersebut.
Walaupun kontena itu sudah kelihatan agak usang dan lama, namun setelah dibuka seluruh penduduk terlopong melihat isinya yang mereka tak sangka.Malah semua orang berebut rebut untuk mengambil barangan tersebut.
Ada yang membawa kenderaan masing masing untuk mengangkut barangan tersebut.
Ternyata isi kontena tersebut adalah ribuan pasang kasut yang mahal harganya. Bukannya mudah untuk mereka memiliki kasut-kasut semahal itu.
Kebanyakkan penduduk berebut kasut-kasut itu unutk dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah untuk meraih pendapatan lumayan.
Pun begitu ada banyak juga yang berkunjung ke sana untuk mencari kasut untuk dipakai sendiri.Ramai yang berkampung di situ untuk mencari saiz kasut yang ideal dengan mereka.
Beruntung sungguh nasib mereka kan.. betul kata orang rezeki memang tak dapat diduga dan tidak pernah salah alamat!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan