Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 4 hingga ke 5 tahun telah dihanyutkan ke tengah laut sendirian selepas ibu bapanya terleka seketika. Kejadian yang berlaku di Greece itu membuatkan seorang kapten kapal yang berada berdekatannya bergegas menyelamatkannya.
Menurut laporan media tempatan, kejadian yang berlaku pada 23 Ogos lepas itu mengakibatkan kanak-kanak perempuan yang berseorangan di atas sebuah pelampung berbentuk unicorn telah dihanyutkan sejauh kira-kira 500 meter dari tempat perairan yang terletak di bandar Antirrio, selatan Greece.
Sebuah feri yang berada berdekatan dengan kanak-kanak itu bertindak pantas menyelamatkannya setelah melihat ‘unicorn’ dalam keadaan mencurigakan berada di tengah laut.
Menurut kapten feri ‘Salaminomachos’, Grigoris Karnesis dia yang kebetulan melalui perairan Antirrio itu ternampak kanak-kanak tersebut dalam keadaan menggenggam erat pelampungnya itu.
Dia segera mengarahkan anak kapalnya supaya bersedia melakukan tugas menyelamat.
Ibu bapanya yang hanya menyedari kehilangan anak mereka telah melaporkan kehilangannya di balai polis berdekatan.
Pihak polis tempatan bagaimanapun telah memaklumkan lembaga pelabuhan serta kapal-kapal yang berdekatan bagi membantu proses pencarian kanak-kanak tersebut.
Kapten Karnesis berkata dia dapat merasakan ketakutan kanak-kanak itu dan tidak memberikan respon.
Pihak krew kapal bagaimanapun terus membuat lawak dan mimik muka bagi menenangkan kanak-kanak itu sebelum memulangkannya kepada keluarganya.
VIDEO:
Segala misi menyelamat kanak-kanak itu berjalan dengan lancar dan dia juga berada dalam keadaan yang selamat.
Sumber : Greek City Times via OHBULAN
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan