Kecek̷ap̷an Pemud̷a Ini Menc̷ari W̷aris W̷arg̷a Em̷as Terbi̷ar Sel̷am̷a 20 T̷ahun Mend̷ap̷at Puji̷an Netizen

Kecekapan Pemuda Ini Mencari Waris Warga Emas Terbiar Selama 20 tahun Mendapat Pujian Netizen

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tuIar baru-baru ini di mana memaparkan seorang warga emas yang terbaring di hadapan sebuah Warung Makan Sahabat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh amalwilayah di TikTok, difahamkan beberapa orang pemuda bertanyakan kepada pakcik tersebut apa pertoIongan yang boleh diberi namun warga emas itu berkata dia hanya mahu balik ke kampung halaman.

Bukan itu sahaja dia juga tidak mahu sebarang pertolongan wang ringgit malah hanya meminta agar membantu untuk mencari warisnya. “Bukan duit yang dia pinta tapi bantuan untuk kembali ke kampung halaman.”

Tanpa berlengah, pemuda ini telah mendapatkan maklumat warga emas itu dan menghubungi balai polis terdekat serta membuat hantaran di laman Facebook di daerah asal pak cik tersebut.

Siapa sangka, ada seorang hamba Allah menghubungi mereka dan memaklumkan dia kenal dengan pakcik tersebut. “Alhamdulillah.. dengan izin Allah, tak lama tu ada seorang lelaki telefon dan maklumkan yang dia sekampung dengan pakcik ni.”

Lelaki itu turut mengenali kakak kepada pakcik berkenaan yang hilang 20 tahun yang lalu. Pakcik itu kemudiannya dijemput oleh anak saudara dan dibawa pulang ke kampung pada esok hari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat pakcik tersebut yang tidak mahu apa-apa selain pulang ke kampung halaman dan berjumpa dengan waris. Bukan itu sahaja, warganet juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada @amalwilayah kerana membantu pakcik ini. Antara komen warganet:



Sumber MyTVViral

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta