Kedua Mata Budak Perempuan Tak Berfungsi Serentak Dan Terpaksa Dibedah, Punca Terlampau Kerap Main Handph0ne

Kedua-dua Mata Budak Perempuan Tak Berfungsi Secara Serentak Dan Terpaksa Dibedah, Punca Terlampau Kerap Main Handphone. Ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet pada anak-anak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan terutamanya penglihatan.

Dalam kes terbaru di Thailand, Dachar Nuysticker Chuayduang berkongsi mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya berusia empat tahun menjalani pembedahan mata kerana terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit.

Menurut Dachar, anaknya sudah dibiasakan dengan telefon bimbit sejak usia dua tahun, sementara dia boleh fokus melakukan pekerjaannya.

Namun, mata kanak-kanak itu mula mengalami masalah yang menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata. Selain itu, dia juga mengalami perubahan di mana dia tidak dapat duduk diam atau fokus jika tiada telefon bimbit di tangannya.

Doktor berkata, penglihatan kanak-kanak itu terjejas atau mengalami simptom lazy eyes di mana matanya tidak berfungsi secara serentak.

Selepas menjalani pembedahan, akhirnya penglihatan kanak-kanak berkenaan pulih tetapi doktor tidak membenarkan dia menggunakan sebarang gajet termasuk menonton televisyen kerana pencahayaan dari peranti itu boleh menyebabkan dia hilang penglihatan dan terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi.

Kepada ibu bapa dan penjaga yang ada mana-mana anak kecil di rumah, mohon jangan terlalu awal nak manjakan mereka dengan gajet seperti handphone. Biarlah mereka membuat perkara lain atau main permainan lain yang lebih berfaedah dan lebih sihat.

Sumber: World of Buzz

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan