“Kejayaan Hari Ini Bukan Dari Trauma Tetapi Berkat Ajaran Dan Kesabaran Seorang Ayah”Luahan Pelajar Yang DiLempang 7 Kali
Assalamualaikum semua. Aku kat sini nak kongsi pasal isu cikgu tak boleh sentuh murid. Sekarangkan dah buat undang–undang cikgu tak boleh sentuh murid. Baru–baru ni ada ibubapa tak puas hati cikgu potong rambut anak–anak diorang.
Bila berkenaan cikgu ni, aku cuma nak ceritakan pengalaman pahit aku masa sekolah rendah yang aku tak mungkin akan lupa sampai bila–bila.
Aku bersekolah di sebuah sekolah rendah di negeri Perak, masa tu aku darjah enam. Aku boleh katakan kat sini yang aku dulu budak yang baik, aku tak pernah meIawan cikgu ape lagi nak menghidu gam.
Aku pernah jaga mak aku yang sakit kanser darah, seawal usia aku 8 tahun. Aku bagitahu ni sebab nak membayangkan kat korang betapa aku dah galas tanggungjawab besar masa tu dan aku memang bukan budak liar yang selayaknya dimarah oleh seorang cikgu.
Kat sekolah tu masa tu ada seorang guru bahasa inggeris namanya teacher A.R. Teacher AR ni seorang perempuan gempal yang memang terkenal dengan sifat bengisnya, dia juga pakai perfume yang baunye dari jarak 100 meter dah mampu menggerunkan setiap murid, dia juga adalah seorang cikgu disiplin.
Satu hari tu aku tak sempat siapkan correction english homework yang dia bagi, jadi aku tinggalkan muka surat untuk correction tu kosong dan teruskan dengan homework seterusnya di muka surat lain. Teacher AR panggil aku depan kelas, tanya kenapa page kosong, aku jawab yang aku belum buat correction.
Tanpa tanya apa–apa lagi aku terus dilempang. Dia lempang pipi kanan aku, aku tercampak ke blackboard, aku bangun dan pipi kiri aku pula dilempang sampai aku terjatuh ke meja murid lain, aku berdiri balik dan muka aku dipegang sambil kiri kanan muka aku terus dilempang sampai cukup tujuh kali.
Lepas kena Iempang kiri kanan, pipi aku dua–dua beIah bengkak, kebas, telinga aku perit berdesing. Dia gulung buku latihan, sondol dalam mulut aku, dan paksa aku berdiri di luar kelas. Semua itu hanyalah kerana aku tak buat correction.
Aku masih ingat budak–budak perempuan dalam kelas tu masa tu automatik menangis tengok kejadian macam tu berlaku depan mata mereka. Dan aku masih ingat darah yang berbekas kat buku latihan tu. Itu baru cerita tentang kejadian Iempang, yang lebih berbekas pada aku adalah kejadian–kejadian selepas itu.
Aku balik rumah, abah tanya kenapa dan apa yang jadi, aku cerita satu–satu. Abah mengamuk, tapi abah tak pergi serang cikgu, abah tulis surat aduan kepada kementerian pendidikan malaysia. Kesannya Aku dipulau oleh semua cikgu termasuk yang tak terlibat.
Aku tak paham kenapa. Solidarity begitu kuat sampai nak menyokong sesuatu yang terang–terang salah Aku dihalau dari kelas sewaktu mereka mengajar. ‘Saya tak nak mula mengajar selagi budak tu ada dalam kelas saya’
Kawan–kawan aku terpaksa minta aku keluar kelas. Tahun tu kami kena UPSR. Abah tak bagi pergi join kelas malam, sebab abah takde duit nak bayar cikgu. Abah ajar aku kat rumah, setiap malam. Setiap hari abah akan ajar aku, semua subjek.
Aku cuma seorang budak lelaki 12 tahun dan aku kena hadapi semua itu. Rasa takut dan malu nak ke sekolah setiap hari, rasa tersisih dengan cikgu dan kawan–kawan, rasa tertekan dengan semua orang. Hanya kerana tak siapkan pembetulan yang cikgu suruh!
Sampai ke hari aku UPSR, aku dipulau oleh semua cikgu. Sehinggalah keputusan UPSR keluar, aku merupakan orang pertama yang diumumkan nama dapat 5A. Masa tu ada 24 orang je sekolah aku yang dapat 5A. Alhamdulillah.
Biasalah lepas tahu result semua murid berpusu–pusu ke bilik guru, cari cikgu untuk ucap terima kasih dan untuk menerima ucapan tahniah, aku pun ikut sekali. Aku cari teacher AR, tapi dia tak nak jumpa aku. Dia tolak untuk jumpa aku.
Selepas beberapa minggu, abah bagitau pihak sekolah ada call dia, aku dapat tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh elit di Perak. Abah yang pergi ambil surat tu, tapi semua cikgu tak tegur abah, semua diam je. Aku nak cerita pasal impak dari kejadian tu masih banyak lagi.
Setiap hari kat sekolah asrama masa tingkatan satu dulu dormmate aku kena tolong titiskan ubat kat telinga aku, dan aku tak dapat nak suka subjek english sampai ke sekolah menengah. Ada semacam rasa trauma melekat kat aku disebabkan apa yang teacher AR buat kat aku.
Bukan trauma yang membawa aku kepada kejayaan ye. Aku tak dapat nak cakap macam orang lain, ‘Aku dulu selambe je kena Iempang ngn cikgu aku, ahh manja betul budak–budak zaman sekarang’. Tak, aku tak mampu nak ungkapkan dengan bangga.
Aku benci sangat. Malah dekat bini aku pun lepas kahwin baru aku cerita semua ni. Teacher AR, kalau teacher baca ni, saya nak bagitau yang saya teringin sangat sangat nak jumpa teacher balik.
Janganlah pura–pura tak kenal saya macam masa terjumpa kat mall Bukit Mertajam beberapa tahun lalu ya. Selepas 20 tahun berlalu Saya sekarang seorang arkitek, alhamdulillah dah mendirikan rumahtangga dengan seorang doktor.
Kami dikurniakan tiga orang anak. Arwah abah pula akan sentiasa kekal jadi hero kat hati saya, sebab abah lah saya kat mana saya sekarang. Bukan sebab org lain. Saya sangat rindukan abah. Kepada orang-orang yang menyokong kuat solidarity mereka yang melempang budak untuk mendisiplinkan budak, minta maaf, saya tetap dengan pendirian saya bahawa kekerasan bukan satu–satunya cara.
Kekerasan hanyalah menggambarkan tahap kesabaran dan keimanan anda sebagai seorang Pendidik anak bangsa.
Komen pembaca:
Rosyatimah: Klu cikgu tu tau keadaan murid dia skrg mesti dia malu…sy dulu cikgu bahasa inggeris jgak…yg pelik bl kwn lain jwb salah relax jer bl sy jwb salah mmg siaplh mendapat kna lempang kiri kanan dpn muka lg complete tarik rambut siap..
Saya pun tk tau knp sampai skrg klu blh nk cari cikgu tu nk tya knp sampai tua ni sy ingat lg rasanya klu jumpa dia sy nk balas balik apa dia buat…adakah sbb mak sy org gaji kat rmh dia..
Rohany: Dia berjaya kerana ayahnya, bukan cikgu. Selepas dia dipulau, dia tidak kesekolah lagi, cikgu pun tak nak masuk kelas mengajar selagi dia ada dalam kelas, kesiankan kawan2 sekelas dia mengalah…
Ayahnya yg mengajar dia di rumah hingga dia berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tahniah anak & ayah. Contoh terbaik.
Wadi: Kwn saya dulu selalu fail subject Perdagangan sampai cikgu tu benci, skrg jd usahawan berjaya,tiba2 jumpa balik kat majlis Alumni sekolah,cikgu tu tanya cmna ada modal,dia ckap bank bagi Overdraft,cikgu tu kata OD tu haram@riba bla bla bla…
Dia jawab blik cikgu yg ajar benda2 haram ni kat saya dulu dlm subjek perdagangan….terus cikgu tu pencen awal kena smash ngan anak murid.
Syifa: Ada ssetengah orang dia memerlukan masa kanak2nya untuk menyembuhkan luka seumur hidupnya, ada ssetengh org dia memerlukan masa seumur hidupnya untuk menyembuhkan luka semasa kanak2nya.
Sumber sembang dunia
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta