Kerap Muntah Selepas Makan Dan S4kit Perut, D0kt0r Terkejut 4kg Rambut Dalam Perut Remaja

Segumpal rambut seberat 4 kilogram berjaya dikeluarkan dari perut seorang remaja perempuan di bandar Ulan-Ude di Republik Rusia, Selatan Buryatia.

Remaja berusia 16 tahun itu kerap sakit perut, muntah selepas makan selain berat badan turun secara mendadak hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Selepas melakukan pemeriksaan secara menyeluruh, doktor mendapati segumpal rambut berada di dalam usus remaja itu.

Ketua pasukan pakar bedah, Bator Dondokov berkata, perkara seperti itu jarang berlaku.

“Punca berlaku kerana remaja ini dikatakan gemar mengunyah rambutnya sendiri hingga menjadi habit (kebiasaan).

“Risikonya apabila rambut itu berkumpul di dalam usus perut ia memberi kesakitan kepada pesakit,” katanya.

Ibu remaja itu berkata, sebelum ini anaknya pernah menerima rawatan di hospital dan kesihatan bertambah baik namun penyakitnya berulang kembali.

Difahamkan, remaja terbabit menghidapi penyakit gangguan mental iaitu Trichophagia yang mana pesakit akan memakan rambut mereka sendiri atau rambut orang lain.

Remaja berkenaan telah mengunyah rambutnya sendiri sejak 10 tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Sementara itu, kata Dr Andrey Karavaev, sebanyak 80 peratus daripada perut gadis itu dipenuhi dengan bola rambut gergasi dan saluran gastrousus (saluran pencernaan) berada dalam bahaya kerana telah disekat.

Kredit: The Sun

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan