Kuc̷ing Yang Lah̷ir Tak S̷empurna In̷i Buta Tap̷i Mas̷ih Com̷el, T̷etap D̷ia Tau Datang Dar̷i Arah Mana

Kucing Yang Lahir Tak Sempurna Ini Buta Tapi Masih Comel, Tetap Dia Tau Datang Dari Arah Mana

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Sama seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan dengan cacat penglihatan atau bahasa mudahnya buta. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, Kucing yang hilang deria penglihatan ini mungkin tampak cacat di mata orang ramai tetapi masih mampu untuk mengenali tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikT0k @blind_cat_dmitri, dapatkita lihat kucing yang cacat penglihatannya sedang duduk di atas meja makan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah, kucing tersebut dapat mengecam kehadiran tuannya yang sedang merakam video tersebut. Kucing itu kelihatan mengeluarkan bunyi ‘meow’ sambil menghulurkan tangannya seolah-olah mengetahui bahawa tuannya sedang berada di hadapan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 59.3M tontonan, 7.2M tanda suka, 115.0Kkomen dan 87.7K perkongsian di TikT0k. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan kucing tersebut tetap kelihatan comel walaupun dia tidak dapat melihat.

Sumber MediaMaya

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta