Kucing Dijumpai Sembunyi Dalam Bagasi Di Airport Tanpa Disedari Pemilik, Kantoi Nak Ikut Tuan Bercuti. Kucing adalah salah satu spesis haiwan yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk dipelihara selain daripada anjing. Orang kata anjing memiliki sifat setia pada tuannya, tapi adakah kucing juga begitu?
Setia atau pun terlebih manja? Ini yang menjadi tanda tanya orang ramai apabila mengetahui kisah mengenai seekor kucing yang ditemui di dalam beg bagasi tuannya yang dalam perjalanan bercuti ke New Y0rk.
Kucing tersebut ditemui oleh kakitangan sekuriti di lapangan terbang ketika Nick dan Voirrey Coole dalam perjalanan bercuti.
BercutiNick dan Voirrey Coole
Bagaimanapun pasangan ini ditahan oleh kakitangan keselamatan dan diminta untuk ke sebuah bilik khas. Pada ketika itu kakitangan lapangan terbang itu bertanya berulang kali benarkah bagasi itu milik mereka berdua.
Sungguh mengejutkan apabila mereka diberitahu beg tersebut dikesan ada seekor kucing melalui mesin pengimbas. Disebabkan itu mereka ditahan.
Candy yang dikesan melalui mesin pengimbas duduk dalam bagasi
Tuan BercutiMenurut Nick, beg berkenaan tidak diisi penuh dengan pakaian dan barang kerana mereka mahu shopping setibanya di New York. Malah dia juga tidak menyangka kucing yang diberi nama ‘Candy’ itu akan menyelinap masuk dalam beg berkenaan.
Bagaimanapun kakitangan di lapangan terbang tersebut turut tertawa dengan gelagat kucing ini selepas mengetahui kisah sebenarnya.
Candy akhirnya dihantar pulang ke rumah oleh kakitangan lapangan terbang dan pasangan ini dibenarkan meneruskan perjalanan mereka ke New York.
Macam-macam hal. Pandai pula menyelinap masuk beg gara-gara mahu turut serta bercuti dengan tuannya. Clingy cat!
Sumber: Mirror via HCL
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan