Lelaki Buta Selama 2o Tahun Dapat Melihat Semula Selepas Kena Langg4r Kereta

Bunyinya macam pelik, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Seorang lelaki yang buta selama 20 tahun mampu melihat semula selepas satu insiden yang melanda dirinya.

Seorang lelaki dari Poland dilaporkan pulih penglihatannya selepas buta selama 20 tahun, akibat dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan.

Janusz Goraj yang berasal dari bandar Gorzow Wielkopolski, buta mata kirinya dan hanya mampu melihat dengan sebelah mata pada pandangan yang sangat terhad.

Selama 20 tahun lelaki ini menderita buta sebelah mata namun selepas satu kejadian dilanggar kereta, penglihatannya pulih seperti sedia kala.

Ketika kejadian dilanggar itu, beliau patah pinggang dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Sepanjang tempoh rawatan itu, tidak semena-mena mata kirinya telah boleh digunakan semula.

“Penglihatannya pulih selepas dua minggu. Kami tidak tahu bagaimana, mungkin sebab ubat yang dimakan oleh beliau,” kata jurucakap hospital, Agnieszka Wisniewska.

VIDEO:

Janusz juga meluahkan rasa syukur selepas mampu melihat semula dengan kedua-dua belah matanya selepas 20 tahun menderita hidup dalam serba kegelapan.

Sumber: Oddity Central

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan