Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada seorang lelaki, Abu Baharin Abu Bakar akibat kecuaian sehingga hilang kaki kanannya.
Hakim Mahkamah Sesyen Elisabet Paya Wan memerintahkan hospital terbabit membayar ganti termasuk pampasan bagi perbelanjaan anggota palsu dan kehilangan pendapatan selepas tuntutan saman dikemukakan plaintif.
Walau bagaimanapun, lelaki berusia 34 itu tidak tersenyum malah turut mengatakan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Ini kerana setelah mengalami kecacatan fizikal tersebut, hubungan dia dan isterinya menjadi tegang sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.
“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang. Isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun tidak bersama saya. Saya berasa sunyi dan kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri,” katanya.
Terdahulu, lelaki berasal dari Klebang itu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masalah lutut akibat kemal4ngan motosikal pada 2015 sebelum pihak hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.
Sumber : The Star/ Oh My Media
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan