M̷i Gor̷eng Bol̷eh D̷ik̷ira D̷engan Jar̷i, N̷et̷iz̷en Sarankan KPM Na̷ikkan Harga Program RMT

Mi Goreng Boleh Dikira Dengan Jari, Netizen Sarankan KPM Naikkan Harga Program RMT

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah bantuan khusus yang mana menyalurkan makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Pun begitu, baru-baru ini seorang individu mendedahkan mengenai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar yang dilihat tidak munasabah.

Menerusi video yang dimuat baik oleh @izwarwahid, individu berkenaan mendakwa menu makanan program RMT itu merupakan hidangan untuk sebuah sekolah rendah yang bertempat di Pahang.

Dia juga turut memuat naik gambar mi goreng yang diletakkan di dalam bekas namun kuantitinya yang amat sikit menjadi tanda tanya ramai. Mengandaikan ‘portion’ mi goreng itu adalah disebabkan oleh harga kenaikan barang, netizen yang melihat hantaran tersebut meluahkan rasa berang dan tidak puas hati.

Berkongsi lanjut, pihak pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah juga telah menegur dan memberi amaran kepada pengusaha kantin namun setakat ini tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.

Difahamkan, kadar RMT untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap hidangan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM3.00 seorang. Dengan kenaikan harga barang kini, netizen berharap harga yang ditetapkan ini dapat dinaikkan bagi membiarkan para pelajar menikmati makanan yang lebih baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pengusaha kantin yang dianggap tidak berhati perut meletakkan portion yang sangat sedikit untuk para pelajar. Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan pengusaha kantin bersikap tidak jujur.

Antara komen warga maya:



Sumber HimpunanCeritaLawak

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta