Pemain 17 tahun dipanah petir ketika sertai karnival bola di Sepang
SEORANG remaja kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terkena panahan petir dalam kejadian di padang awam Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada petang Ahad.
Difahamkan mangsa merupakan salah seorang peserta karnival bola La Gila Soccer Tournament Piala Merdeka kategori bawah 17 tahun (U17).
Menurut sumber, mangsa yang berusia 17 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
“Ketika kejadian, cuaca tak hujan tapi secara tiba-tiba kena panah petir. Doktor memaklumkan panahan itu mungkin memberi kesan kepada jantung,” katanya kepada Majoriti.
Menurut sumber, terdapat seorang lagi mangsa yang menerima nasib sama namun tidak dapat dipastikan keadaannya.
Semakan Majoriti mendapati, karnival bola sepak itu berlangsung selama dua hari di bawah kelolaan Tunas Patriot Cyber Football Club.
Kelulusan menggunakan padang bagi tujuan perlawanan bola sepak itu pula diberikan kepada penganjur oleh Majlis Perbandaran Sepang.
Majoriti sedang pengesahan pihak bomba dan polis berhubung insiden tersebut.
Sumber Majoriti
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan