(Video)Budak Berlari Ke Arah Kereta, Pemandu Pula Yang Dimarah Cetus Kemarahan Ramai
Tak dinafikan, sekarang ini penggunaan dashcam pada kenderaan sangat diperlukan terutamanya untuk merakamkan kejadian kecemasan yang berlaku. Macam sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita berjaya merakamkan satu situasi cemas melibatkan pemandu lain di hadapannya.
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang kanak-kanak yang muncul secara tiba-tiba dan berlari sehingga membuatkan dia berlanggar dengan sebuah kereta. Ianya turut membuatkan kanak-kanak itu terjatuh di atas jalan sebelum diselamatkan oleh keluarganya yang berada di situ.
Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah reaksi dari orang awam yang menyalahkan pemandu tersebut di atas apa yang berlaku. Walaupun jika diikutkan, pemandu tersebut tidak bersalah di dalam situasi ini kerana kanak-kanak itu yang melanggar keretanya secara tiba-tiba.
Difahamkan, pemilik kepada video dashcam ini yang memandu di belakang kereta tersebut kemudian menghampiri pemandu itu. Dia turut menjelaskan mempunyai rakaman yang jelas di atas apa yang berlaku di mana pemandu tersebut tidak bersalah dalam situasi ini.
Menurut wanita itu, dia kemudiannya menyerahkan nombor telefonnya kepada salah seorang rakan pemandu itu bagi tujuan menyerahkan video dashcam tersebut. Dalam masa yang sama, netizen turut menyalahkan pemandu yang meletakkan keretanya secara double park di tepi jalan yang menyebabkan pemandangan kanak-kanak itu terlindung dan berlanggar dengan kereta biru tersebut.
Susulan video yang tular ini, rata-rata netizen turut menekankan kepentingan mempunyai dashcam pada kenderaan masing-masing. Dalam situasi seperti ini, pemandu tersebut berjaya menyelamatkan dirinya daripada sebarang tindakan dengan adanya rakaman dashcam yang dikongsikan itu.
Sumber SinChew
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta