Penemuan Makhluk Aneh Berkepala Kucing Tapi Memiliki Tubuh Seakan Tikus Jadi Bahan kajian
Apa perasaan anda kalau terjumpa spesies makhluk atau haiwan aneh dan pelik yang anda tidak pernah tengok atau tahupun akan kewujudannya? Mesti majoriti besar daripada anda akan berasa takut, berdebar-debar dan berhati-hati takut kalau haiwan itu tiba-tiba bertindak agresif dan menyerang anda.
Inilah apa yang berlaku kepada satu keluarga apabila mereka mendengar bunyi aneh dan pelik di bahagian dapur dan pantry rumah mereka. Mereka memeriksa dan menemui beberapa makhluk yang aneh kerana berkepala seakan kucing tapi mempunyai tubuh seperti tikus.
Oleh kerana berasa takut mereka meminta pertolongan untuk bantuan dan 4 ekor makhluk tersebut telah dibunuh manakala dua lagi haiwan makhluk tersebut dibawa ke Rustenburg Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) untuk kajian.
Masyarakat setempat beranggapan bahawa makhluk tersebut telah disumpah (cursed) disebabkan rupanya yang pelik dak tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.
Makhluk aneh tersebut dijumpai di sebuah rumah di Lethabong, Rustenburg, South Africa. Penemuan makhluk tersebut telah menyebabkan keadaan panik dan bimbang yang menyelubungi orang ramai setelah melihat makhluk berkenaan yang tidak diketahui asal usulnya.
Susulan itu, pihak SPCA meminta supaya orang ramai bertenang dan menghubungi nombor kecemasan mereka terjumpa makhluk atau pelik dan berdepan dengan situasi yang sama dengan keluarga ini.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya membiarkan pihak SPCA untuk menangani haiwan atau makhluk berkenaan.
Sumber SajaGempak
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta