P̷etani Ini M̷enyangka Obj̷ek An̷eh Yang Dijumpai Adalah Harta Karun T̷etapi S̷eb̷enarnya Ia Adalah Binatang Yang Jarang Dit̷emui

Petani Ini Menyangka Objek Aneh Yang Dijumpai Adalah Harta Karun Tetapi Sebenarnya Ia Adalah Binatang Yang Jarang Ditemui

Di Zhejiang, China,seorang petani yang sedang bekerja telah menemui satu objek pelik yang seakan-akan duit syiling zaman kuno atau artifak kuno. Petani itu berdebar-debar apabila ternampak objek tersebut dan pada fikirannya, dia kemungkinan telah menemui harta karun.

Bahagian kepala yang mempunyai garisan itu sangat halus seakan-akan salah satu artifak kuno, namun objek tersebut sebenarnya bukanlah harta karun.

Petani yang curiga dengan benda itu pun cuba mencungkilnya keluar daripada tanah. Tetapi sebaik sahaja petani berjaya mengeluarkan objek itu, dia terperanjat besar.

Rupa-rupanya itu adalah labah-labah yang besar dan bukannya duit syiling kuno seperti yang disangkakan sebelum ini.

Labah-labah itu sebenarnya merupakan salah satu spesis labah-labah yang sangat jarang ditemui dan dikenali sebagai “ravine trapdoor spider” (Cyclocosmia ricketti) dan sangat jarang ditemui.

Meskipun labah-labah itu kelihatan agak garang dan menggerunkan tetapi racunnya tidak membawa maut kepada manusia. Antara ciri-ciri yang paling menonjol pada labah-labah “ravine trapdoor spider” ini ialah bahagian punggungnya yang besar itu.

Labah-labah ini juga kelihatan seperti objek hemisfera dan sama seperti cop rasmi atau duit syiling kuno.

Jika anda tertanya-tanya apa fungsi punggung labah-labah yang besar itu, sebenarnya ianya adalah untuk kegunaan perisai dirinya. Jika ada musuh atau hidupan yang datang mendekati,

Labah-labah ini akan masuk ke dalam lubang tanah dan meninggalkan punggung besarnya itu di luar yang sekaligus menutup pintu lubang tersebut. Selain itu, ia juga boleh menghentikan sengatan lebah.

Akhir sekali dinasihatkan jika anda menemui labah-labah yang tidak dikenali, elok jangan diganggu dan dibiarkan sahaja dalam habitatnya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta