Usahawan Cina antara 12 penerima Anugerah Khas Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1444H. Moga Allah SWT memberi hidayah kepada usahawan ini. In Sha Allah..Aamiin..
Lebih 38 tahun menyumbang khidmat kepada komuniti Islam membolehkan usahawan, Teh Hock Cheng berusia 59 tahun menerima anugerah Ibnu Uraiqith sempena Majlis Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka di Pusat Islam Melaka sempena Maal Hijrah 2022.
Pengarah syarikat pembekalan makanan dan perusahaan itu menerima anugerah kategori bukan Muslim yang banyak memberi sumbangan kepada Islam sempena majlis itu.
Hock Cheng berkata, dia terbabit dalam aktiviti memberi bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama. “Namun masjid, surau, asnaf dan orang miskin sentiasa menjadi keutamaan untuk diberikan bantuan.
“Bantuan itu turut disalurkan ketika pendemik Covid-19 meIanda negara termasuk usaha membaik puIih surau terbakar dan bantuan terhadap masjid.
“Walaupun bukan lslam, namun hati saya terdorong untuk menyumbang ikhlas termasuk bagi program Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Saya tidak peduIi kata orang asalkan dapat memberikan bantuan termasuk perubatan,” katanya. Pada majlis berkenaan Hock Cheng menerima sijil dan wang tunai RM3,000 disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam
Beliau adalah antara 12 penerima Anugerah Khas Tokoh-Tokoh Maal Hijrah 1444H Melaka tahun ini. Sementara itu hadiah tokoh Maal Hijrah utama disandang Datuk Hasnah Salam, 68, yang menerima wang tunai RM10,000 beserta sijil.
Aktivis sosial dan kebajikan peringkat negeri dan antarabangsa itu juga tidak menduga menerima anugerah berkenaan kerana menganggap apa dilakukan adalah ibadah.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, umat Islam di negeri ini perlu menghayati pengajaran daripada kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW untuk menyuntik semangat perjuangan dalam mengembalikan keagungan Islam menerusi penghijrahan minda ke arah yang lebih baik.
Sumber SembangDunia
Pihak Viral Malaysiaku tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Viral Malaysiaku Ya. Terima Kasih.