Sej̷ak Arw̷ah Pergi, Kucing Pelih̷ar̷a̷anny̷a T̷ak M̷ak̷an Cum̷a Minum Ker̷an̷a Terlalu Rinduk̷an Tu̷anny̷a

Sejak Arwah Pergi, Kucing Peliharaannya Tak Makan Cuma Minum Kerana Terlalu Rindukan Tuannya

Sebak, lihat fizikal kucing yang begitu rindukan tuannya yang sudah pergi untuk selama-lamanya. Jika manusia boleh berbicara, bagaimana pula kucing ini mahu menterjemahkan rasa rindunya itu.

Kucing peliharaan pun sebenarnya punya hati dan perasaan. Lagi-lagi bila sudah lama dibela oleh tuannya. Begitulah kisah si bulus yang lemah fizikalnya yang dikongsikan Syahrul Ayoi ini.

Setiap Hari Bawa Kucing Arwah Ayah Ke Kubur. Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja.

Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya. Cerita petang tadi di perkuburan Econsave Senawang.

Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..

Semoga arwah dibalas dengan syurga tempatnya dan semoga kucingnya ini sihat seperti sediakala…..aamiin…. Kain Hijau Arwah Buat Kucing Peliharaan Melepas Rindu. “Yang sedihnya, bila sampai je kubur arwah, dia boleh mengiau.

Lepas itu, dia terbaring macam tu je. Kain hijau itu adalah kepunyaan arwah.” Kongsi Syahrul dengan Mingguan Wanita, kucing itu masih bernyawa cuma keadaannya lemah. Sebab tak mahu makan sejak arwah tuannya meninggal dunia.

“Saya ziarah kubur mak saya. Meninggal bulan 11 yang lepas.” Cerita Syahrul lagi, anak arwah sememangnya kerap membawa kucing itu ke kubur arwah bapanya.

Saya pula sememangnya hari-hari ke kubur selepas balik dari kerja. Walaupun, Syahrul hari-hari ke kubur, dia cuma direzekikan bertemu budak itu untuk dua ke tiga kali setiap kali ke tanah perkuburan.

Begitulah, jalinan kasih yang terbina antara manusia dan haiwan peliharaan. Biar pun jauh dibatasi bumi, kasih tetap tak mati. Cuma kerinduan tidak berbalas itu teramat pedih untuk diungkapkan.

Sumber: Imuslimnetwork

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta