Masyarakat cina akan merayakan sambutan tahun baru tidak lama lagi. Oleh itu, ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menyambutnya bersama seisi keluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Antara persiapan yang selalu dibuat oleh masyarakat cina termasuklah membeli baju, menghias rumah dan membeli barang dapur untuk memasak.
Selain itu, masyarakat cina juga pasti akan berebut-rebut untuk membeli buah oren yang menjadi simbolik bagi sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.
Namun begitu, kita seringkali tersalah beli buah oren yang kurang manis sehingga akhirnya tidak menikmati kesedapan sebenar buah oren tersebut.
Oleh itu, seorang pengguna Tiktok bernama mad_buah telah berkongsi satu video berkenaan tips memilih buah oren yang manis. Ternyata mudah sahaja, mari kita ketahui cara memilih buah oren yang manis.
Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis ataupun tidak adalah dengan hanya melihat satu lobang yang berada di bahagian luar kulit. Sekiranya lobang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren itu kurang manis, manakala jika lobang itu besar, maka buah oren tersebut manis.
Video:
Sumber: Tiktok Mad_buah via: coretan press
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Sekali Imbas Mmg Tk Perasan, Renjer Htn Srnkan Gn Trek Trsedia Dn Tnjkkn Ular Kapk Hijau Yg Ters0rok