Beli kucing, tetapi yang tiba anak harimau. Itu kejutan yang diterima oleh suami isteri di Perancis selepas melakukan pembelian haiwan peliharaan itu menerusi platform dalam talian.
Gambar Hiasan
New York Post memetik laporan France Blue melaporkan pasangan dari Le Havre itu membeli kucing liar baka Afrika (Savannah Cat).
Menurut laporan itu, mereka berhasrat membeli kucing liar itu selepas melihat iklan dalam talian, dua tahun lalu.
Malah, mereka membelanjakan 7,000 Euro (kRM34,276) untuk membeli haiwan berkenaan dan mahu memeliharanya dengan cara yang sah.
Savannah Cat
Namun, mereka mengesyaki ada yang tidak kena selepas menerima haiwan berkenaan sebelum mendapati ia rupanya anak harimau Sumatera.
Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adalah adalah spesies dilindungi yang diancam kepupusan.
Dianggarkan, hanya kurang daripada 400 ekor haiwan itu di seluruh dunia.
“Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi.
“Namun, masih banyak pihak yang menjual anggota badan haiwan itu (termasuk kulit) di pasaran gelap di Sumatera dan di negara lain di Asia,” kata wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Perancis sudah menangkap sembilan individu yang dikesan melakukan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan dari mana asalnya haiwan itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya anak harimau itu sebelum ini pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap.
Anak harimau itu dalam keadaan sihat dan sudah diserahkan ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan