Sudah Diet Tapi Berat Makin Naik, Pemilik Kucing Meminta 0rang Ramai Berhenti Beri Kucingnya Makan

Seorang pemilik kucing menyeru meminta tolong daripada orang ramai agar berhenti memberi kucingnya makan. Walaupun mungkin kedengaran sedikit aneh, tetapi wanita yang dikenali sebagai Sheena Wilson mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk berbuat sedemikian.

Hal ini kerana saiz badan kucing yang menjadi makin hari makan berisi dan gemuk membuatkan wanita ini risau akan kesihatan kucing kesayangannya itu. Wanita ini mahu kucingnya diet demi kesihatan dan juga mengekalkan kecergasan kucing baka British Blue short-hair miliknya.

Namun begitu meskipun sudah menjalani diet dan pola makan yang teratur, namun saiz dan berat badan kucingnya langsung tidak berkurang malah makin membesar sehingga 7.5kg! Tak cukup dengan itu, kucing ini juga sudah tidak muat untuk masuk ke pintu khas yang dibuat untuk akses masuk ke rumah.

Akibatnya kucing ini akan mencakar-cakar pintu jika dia ingin untuk masuk ke rumah dan menunggu pemiliknya membawa dia masuk. Berat yang ideal untuk jenis kucing yang dimiliki oleh Sheena Wilson adalah di sekitar 5kg.

Bingung dengan keadaan kucingnya, pemilik kucing akhirnya menyedari ada orang yang memberi kucingnya makan dan menyebabkan program dietnya tidak berjaya.

Pemilik kucing ini memberitahu kucingnya pandai berlakon meminta simpati orang ramai di luar dengan berpura-pura seolah-olah diabaikan oleh tuannya dan tidak diberi makan, dan sebab itulah dia sentiasa tidak putus bekalan makanan.

Tambahan pula, rupa parasnya yang sememangnya gebu dan comel sangat membantu untuk mempengaruhi orang lain agar kesian dan memberikan makanan kepadanya.

Perkongsian Sheena Wilson ini kemudiannya menjadi tular dan rata-rata netizen faham apa masalah yang dihadapi oleh Sheena. Rata-rata netzen memuji kecomelan kucing miliknya dan salah seorang netizen pula berseloroh mengatakan kucing itu seakan-akan mahu makan biskut, keju dan krim sebelum tidur.

Kucing yang terlalu gemuk atau obesiti berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Saiz badan yang besar kemungkinan membuatkan kucing lebih suka bermalas-malasan, malas untuk bergerak dan menyebabkan jantung jadi lemah.

Semoga kucing ini akan boleh diet dan kekal sihat dan comel.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Sekali Imbas Mmg Tk Perasan, Renjer Htn Srnkan Gn Trek Trsedia Dn Tnjkkn Ular Kapk Hijau Yg Ters0rok