Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Faceb00k

Suri Rumah Jana RM18,000 Bermain Game Di Facebook. Roslinda Embran atau lebih dikenali sebagai Lynda Embran merupakan seorang ‘gaming video creator’ di Facebook.

Walaupun bermula dengan hanya lima orang ‘viewer’ sahaja, beliau tidak berputus asa dan terus mencuba sehingga pendapatan pertamanya mencecah RM18,000.

“Mereka kata buat apa main game ni, lebih baik masak dekat dapur. Saya jawab senang je ini kerja saya.

“Saya main game menjana pendapatan untuk saya dan keluarga saya sokong saya.

“Pertama kali gaji saya dapat dalam RM18 ribu. Tak pernah terfikir akan dapat gaji banyak macam ni,” katanya.

Menurut Lynda, kalau dahulu dia cuma mengharapkan duit yang diberikan oleh suaminya sahaja tetapi kini, dia mampu memiliki wang sendiri.

“Kalau dulu harapkan duit suami je. Kontrak kita ikut ‘viewers’, kalau kita stream setiap hari, Facebook nampak contact untuk jadi partner,” katanya.

Katanya, untuk berjaya jangan sesekali berputus asa dan terus berusaha sekalipun gagal untuk beberapa kali.

“Mula-mula pasang impian dulu, tak salah mencuba sebenarnya, anak muda yang nak jadi streamer kena usaha dan buktikan.

VIDEO:

“Sebelum berjaya sebenarnya ada kegagalan. Susah untuk pertama kali terus dapat kejayaan, mesti gagal dulu,” katanya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan