Terkurung Hamp̷ir Dua Bulan Dalam Rumah, Pemer̷iksaan Doktor Ha̷iwan Menemu̷i Sesuatu Yang Memeranjatkan, Pem̷il̷ik Lama Akan Berdepan Dengan Tuduhan kekejaman terhadap Ha̷iwan

Terkurung Hampir Dua Bulan Dalam Rumah, Pemeriksaan Doktor Haiwan Menemui Sesuatu Yang Memeranjatkan, Pemilik Lama Akan Berdepan Dengan Tuduhan kekejaman terhadap Haiwan.

Dua bulan terkurung di sebuah rumah tanpa makanan dan minuman sudah pasti membuatkan manusia mati kelaparan. Namun satu keajaiban berlaku kepada seekor kucing ini yang masih hidup walaupun terkurung hampir dua bulan di dalam sebuah rumah. Berita ini sangat menyedihkan bukan sahaja kepada pencinta kṳcing tetapi juga kepada sesiapa yang sayangkan makhluk bernyawa.

Seekor kucing dijumpai terkurung dalam sebuah rumah kosong selama hampir dua bulan tanpa makanan dan minuman. Kucing tersebut ditemui oleh pemilik baru rumah tersebut yang mahu melihat dan memasuki rumah yang baru dibelinya.

Menurutnya, rumah itu merupakan rumah lelong yang dibelinya hampir dua bulan lepas atau 52 hari dan ini adalah pertama kali dia datang melihat keadaan dalam rumah barunya itu.

Pembeli rumah yang terkejut melihat kucing tersebut dalam keadaan menyedihkan dalam rumah terkurung segera membawanya kepada doktor haiwan untuk diperiksa keadaannya.

Pemeriksaan doktor haiwan terhadap kucing itu menemui sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor mendapat cebisan kertas ditemui dalam tahi kucing tersebut. Doktor mengesyaki perut kucing itu dipenuhi dengan kertas, dipercayai dimakannya akibat terdesak kelaparan dan tidak dapat pergi kemana-mana.

Kucing itu kini sudah dirawat dan sihat berbanding sebelum ini ditemui dalam keadaan yang kurus dan lemah. Namun begitu, menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, kucing yang dinamakan sebagai Finn itu enggan berada dekat dengan manusia buat masa ini, kemungkinan masih trauma.

Tambahnya lagi, rumah berkenaan kemungkinan ada saluran paip yang bocor yang membolehkan Finn untuk minum air. Mereka juga akan menempatkan Finn kepada penjaga yang baharu yang penyayang selepas kucing itu betul-betul pulih.

Pihak polis masih belum dapat memastikan bagaimana Finn boleh berada dalam rumah tersebut, namun tidak menolak kemungkinan kucing itu sengaja diletakan atau dibuang oleh pemiliknya ke rumah tersebut.

Selain itu, pemilik lama kucing yang yang dinamakan sebagai Finn ini juga berkemungkinan dikenakan tuduhan kekejaman terhadap haiwan sekiranya dia berjaya ditemui dan dikenalpasti.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Janganlah kita berlaku kejam terhadap binatang. Binatang juga ada hak untuk hidup di dunia ini.

Sumber MyMediaMaya

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta