Tind̷ak̷an Pel̷aj̷ar Tunduk Horm̷at ‘Berterim̷a K̷asih’ Kep̷ad̷a Pem̷andu Y̷ang Beri L̷alu̷an R̷aih Puji̷an Netizen

Tindakan Pelajar Tunduk Hormat ‘Berterima Kasih’ Kepada Pemandu Yang Beri Laluan Raih Pujian Netizen

Di luar negara, lebih-lebih di Jepun, sudah menjadi satu kebiasaan untuk melihat pelajar-pelajar sekolah memberikan ‘tunduk hormat’ kepada mana-mana pemandu jalan raya yang memberikan laluan kepada mereka untuk melintas jalan.

Baru-baru ini seorang pemandu langsung tidak menyangka dapat berjumpa dengan seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang berbuat perkara yang sama.

Dalam satu video pendek yang telah dimuat naik dan dikongsikan oleh pelbagai pihak, kelihatan pelajar perempuan itu segera membuat ‘tunduk hormat’ sebagai ucapan terima kasih kepada pemandu yang memberikan laluan kepadanya.

Tindakan pelajar itu telah menarik perhatian ramai yang berbangga melihat adab budi pekerti yang ditunjukkan kepadanya. Agak jarang dapat melihat budaya seperti itu dilakukan dalam negara ini.


Tambah netizen lagi, perbuatan itu juga hasil didikan daripada ibu bapa dan warga pendidik. Bak kata pepatah; Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.


Dalam pada itu, netizen turut memuji pemandu berkenaan kerana memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada pelajar tersebut. Kiranya, kedua-dua pihak telah memperlihatkan akhlak baik yang patut ada pada rakyat Malaysia hari ini.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta