T̷indakan Pem̷il̷ik RXZ Tukar M0tor Dengan Tanah L0t Dapat Puj̷ian Net̷izen

Pemilik RXZ ‘untung besar’ tukar motor dengan tanah lot

Seorang pemilik sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ Catelyzer dikatakan ‘untung besar’ apabila berjaya membuat pertukaran jual beli dengan memiliki sebidang tanah seluas hampir 500 meter persegi daripada seorang pembeli.

Perkara itu dikongsikan Nik Mohd. Zulkiflee Lee menerusi Kelab Jual Beli RXZ di Facebook hari ini. “2022 sejarah, RXZ catal ‘swap’ dengan tanah lot, Alhamdulillah rezeki,” katanya.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya menganggarkan harga motosikal tersebut melebih RM18,000.

Sementara itu, ada juga pengguna tampil memuji tindakan bijak pemilik tersebut kerana mengorbankan ‘barang rare’ kepada sesuatu yang lebih menjamin masa depan dengan memiliki tanah sebagai aset bernilai.

“Bijak abang kita ini, RXZ ini mungkin satu masa harga akan jatuh dan layak jadi besi buruk, tapi ada tanah harga pasaran makin naik,” ujar Shahrol Malik.

“Rasanya pembeli mesti dah lama idam nak ada sebuah RXZ, sebab itu sanggup tukar dengan tanah,” komen Yushairi.

Sumber Kosmo

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan