Siapa sangka ketika anda dalam kesusahan, kucing peliharaan anda mampu menyelamatkan anda dan membantu anda keluar dari masalah tersebut. Itulah yang dialami seorang wanita ini apabila kucingnya berjaya membantunya yang terpperangkap di luar rumah.
Gelagat kucing bijak tersebut turut meraih perhatian ramai sehinggakan video itu meraih hampir enam juta tontonan. Malah rata-rata netizen turut sama terpegun melihat kepandaian kucing itu seolah-olah faham dengan situasi yang dialami pemiliknya itu.
Pada video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia terperangkap di luar biliknya selama sejam gara-gara kunci yang tertinggal di dalam biliknya itu. Dalam masa yang sama, kucingnya berada di dalam bilik itu dan tidak dapat keluar daripada situ.
Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu seolah-olah faham pemiliknya berada dalam kesusahan. Malah kucing itu kemudian cuba membuka tingkap di bilik itu beberapa kali selepas diminta pemilknya itu.
VIDEO :
Setelah beberapa kali mencuba, kucing itu akhirnya berjaya membuka tingkap itu malah siap menolaknya untuk membantu pemiliknya masuk. Melihat kepandaian kucing itu, pemiliknya turut rasa gembira dan terharu dengan pertolongannya itu.
Di ruangan komen, netizen turut sama terpegun dengan kepintaran kucing itu dalam membantu pemiliknya. Malah ada yang turut berseloroh membandingkan dengan kucing mereka yang tentunya akan membuat tidak tahu sahaja jika berada dalam situasi yang sama.
“Kucing aku lain ceritanya.”
“Bijak betul Oyen kat Indo. Oyen kita asyik buat hal je”
“Kalau kucing aku, aku panggil dia buat bodoh pastu blah.”
“Dia siap tolak pintu tu.”
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta