Uteh k0 teman aku balik kejap, bukan apa takut kldnap. Alaa penakut laa ko C0mot. Ini yang terjadi.

Apa yang menarik perhatian ialah pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang begitu bijak menemani kucing tersebut pulang. Malah dia juga sempat merakamkan gelagat kucingnya itu semasa kejadian tersebut.

Kucing memang comel. Itu yang membuatkan ramai orang gemar memelihara haiwan ini sebagai haiwan peliharaan di rumah mereka. Kebiasaannya mereka yang memiliki kucing di rumah mesti pernah menerima kunjungan tetamu kucing lain yang selalu datang ke rumah. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang selalu berkunjung ke rumah wanita ini namun takut untuk pulang sendirian dan perlukan peneman.

Lebih melucukan, kucingnya yang bernama Jamal ini akan ditugaskan untuk menemani kucing tersebut pulang. Malah turut dapat dilihat, Jamal mengekori kucing tersebut dari belakang dan menemaninya sehinggalah tiba di hadapan rumah.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia sering menerima kunjungan dari kucing jirannya yang selalu datang ke rumah. Tetapi yang anehnya, kucing itu takut untuk pulang sendirian dan perlu ditemankan.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur menyaksikan gelagat Jamal menemani kucing itu pulang. Malah ada yang berseloroh menganggap Jamal sebagai calon menantu yang baik dan boleh dipercayai.

Lebih menarik lagi, kucing bernama Jamal ini akan segera pulang ke rumahnya sebaik sahaja selesai melakukan tugasnya itu. Gelagat pintarnya itu turut mencuit hati netizen apabila kucing jantan sepertinya ini cukup bijak memahami arahan pemiliknya.

Sumber: imuslimnetwork.com

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan