Viral Lelaki Warga Emas Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah Menjadi Kemarahan Netizen
Jika ada diantara kita yang bosan dengan selalu makan nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari, di luar sana mungkin ada orang yang akan sangat bersyukur jika makan makanan tersebut.
Bahkan, jika terlihat mana-mana orang yang sanggup menyelongkar sampah demi mencari sisa-sisa makanan, sedar tak sedar air mata kita mengalir kerana kasihan dan tidak sanggup melihat mereka kelaparan.
Itulah terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.
Menerusi laman Facebook Ipoh Com, terdapat video yang dikongsikan dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam. “Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.
Menerusi video itu, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.
Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.
Sumber: Ipoh Com
Baca lagi cerita dibawah
Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:
Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta