Warga Emas Hampir Putus Asa Dapat RM3 Je, Kuasa Viral Menjadikan Jualan Cendol Laris
Setiap orang pasti mengalami pengalaman hidup dil4nda kepayahan, cuma jalannya saja yang membezakannya. Sama ada kuat atau tidak menjalani ujian kiriman Tuhan menjadikan sesorang itu berbeza daripada yang lain.
Seperti yang dihadapi oleh seorang warga emas berusia 67 tahun ini, yang tidak pernah mengalah, demi sesuap rezeki untuk menampung kehidupan, tetap g1gih menjual cendol dan rojak walaupun dalam keadaan berkaki patah.
Kisah yang dik0ngsikan seorang penggṳna Twitter, Fatin Shabirah ini menceritakan kesusahan yang dialami pakcik ini. Sehari pernah dapat RM3 walaupun penat seharian berniaga, perkongsian Fatin Shabirah setakat ini sudah pun mendapat 12,000 ulang ciap dan 6,800 tanda suka.
Kisah kesusahan yang dialami beliau meruntun hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib beliau. Umur emas yang sepatutnya diisi dengan ilmu keagamaan dan istirehat terpaksa dikorbankan demi mencari rezeki.
Lebih malang, dia yang sebelum ini berniaga menggunakan lori terpaksa bertapak di sebuah gerai selepas ditimpa malẫng hingga patah kaki.
Simpati dengan nasib yang melanda warga emas dikenali sebagai Pakcik Ghani itu, Fatin Shabirah yang juga seorang pramugari membuat keputusan untuk menghebahkannya di Twitter sehingga tular.
Fatin mendedahkan Pakcik Ghani menyewa tapak gerai yang terletak di hadapan gerai ibunya di Lembah Maju, Ampang, Selangor.
“Mak saya dah berniaga makanan sekitar 20 tahun di situ. Jadi dia sewakan gerai di hadapan kedai kepada Pakcik Ghani. “Baru je dalam sebulan dia menyewa. Katanya dia dah tak larat nak tekan pedal lori sebab kaki patah.
“Masa dia mula-mula menyewa, ada satu hari tu dia dapat RM3 je. Mungkin pelanggan-pelanggan dia sebelum ni tak tahu. “Untuk bantu dan sokong pernḭagaan beliau bolehlah waze:
Super Seven Lembah Maju,” katanya. Mereka yang berada di kawasan berdekatan, bolehlah ajak rakan-rakan dan keluarga makan cendol di warung pakcik ini.
Difahamkan jualan cendol serta rojak Pakcik Ghani laris selepas viral di media sosial.Pakcik Ghani pada awalnya hampir putus asa kerana perniagaan cendolnya semakin merṳdum. Namun, situasi itu mula berubah apabila perniagaan Pakcik Ghani mula dikenali selepas mendapat perhatian warganet.
Sementara itu, Fatin mengakui cukup terharu dengan sokongan warganet sehingga membawa punca rezeki buat warga emas berkenaan. Jelasnya, dia tidak begitu tahu mengenai latar belakang Pakcik Ghani namun berharap ia sedikit sebanyak mampu membantu kelangsungan hidupnya.
Dia kata Alhamdulillah, rojak pun habis dua tiga hari ni. “Sebelum ni dia pernah cakap pada mak, kalau bisnes dia tak bagus, dia nak berhenti menyewa.
“Tapi saya bersyukur, ramai yang nak datang gerai dia lepas viral. Kami pun tak mengharapkan apa-apa balasan. Kita pun tak tahu apa dia lalui, tapi sekurang-kurangnya dapat bantu hidup dia,” ujar Fatin.
Tambahnya lagi, selain bersikap peramah, cendol dan rojak dihasilkan Pakcik Ghani juga cukup menyelerakan. Moga perniagaan Pakcik Ghani maju dan terkenal.
Sumber SembangDunia
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV
PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
youtube – Lelaki Sed1h Tengok Kuc1ng Terbar1ng Kaku Di Tayar Masa Nak Undur Kereta