Wanita Kutip Tin Setiap Hari Dan Dipandang Jijik, Jiran Terkejut Mengetahui Statusnya Se0rang Jutawan

Wanita Kutip Tin Setiap Hari Sejak 10 Tahun Lepas Dan Dipandang Jijik Penduduk Tempatan, Jirannya Terkejut Mengetahui Statusnya Seorang Jutawan.

Kira-kira tahun 2018 yang lalu, seorang wanita pengutip sampah yang dipandang hina penduduk tempatan di sekitar bandar New York, Amerika Syarikat, mengejutkan jirannya dengan status sebenarnya sebagai seorang jutawan.

Lisa Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York.

Daily Mail melaporkan, latar belakang keluarganya juga berpendidikan tinggi apabila ibu bapanya pakar ekonomi kerajaan, manakala suaminya bertugas di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Bandar New York.

Sejak 10 tahun lalu, Lisa menolak troli sampah sambil mengutip tin setiap hari dan memperoleh sekitar AS$30 (RM122) sehari.

Katanya, mengutip tin adalah satu cara untuk dirinya bergerak aktif dan mendekati penduduk setempat.

“Keluarga saya berpendapat tabiat saya ini teruk tapi saya rasa lucu. Ia menjadikan saya aktif, dapat berinteraksi dengan masyarakat.

“Mungkin saya sentiasa suka dengan kitar semula namun, alasan utama ialah kerana ia aktiviti fizikal.

“Pada masa yang sama, saya menjana sedikit pendapatan dan memastikan kawasan kejiranan ini sentiasa bersih,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

sumber: HMetro

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page APA CERITA TV

PERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @APA CERITA TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

youtube – Suami Meningg4l Tapi Lambat Kebumi, Isteri Menderu Tiba-Tiba Suami Bercakap Mint4 Makan